Tuesday, November 4, 2008

UNTUK DIKONGSI BERSAMA

Kami membenarkan mana-mana bahagian dan isi kandunagan buku ini dikeluarkan semula dalam apa juga bentuk selagi ia dilakukan untuk kebaikan masyarakat dan ummah dan bukan untuk tujuan mendapat keuntungan. Sesiapa yang ingin mencetak buku ini untuk tujuan komersil sila dapatkan kebenaran dari kami. We give permission for this material to be reproduced and disseminated by any means as long as it is done non-commercially (not for profit) and for the general betterment of society. If anyone desires to reproduce and/or disseminate this material commercially please ask our permission. ISBN 983-41173-0-2 Dicetak oleh (Note: put printer's name and address here)
KELAB WANITA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA KUALA LUMPUR 2002
http://www.hidet.blogspot.com/







MEMBENTUK KEPERIBADIAN CEMERLANG
PANDUAN UNTUK IBU BAPA


PARENTING BOOK

1. PENGENALAN

Anak merupakan amanah Allah kepada ibubapa. Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci yakni Muslim). Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi."(Bukhari)
Menurut Imam Al-Ghazali pula, anak adalah seperti sebutir batu permata yang belum digilap. Ibu bapalah yang akan mencanai dan menggilapnya sehingga menjadi berlian yang indah dan berkilauan. Jelas, ibu bapalah yang akan menentukan sama ada anak-anaknya "menjadi" atau tidak.
Semua ibu bapa mahu membesarkan anak-anak mereka untuk menjadi insan yang mulia tetapi ramai yang tidak tahu cara yang berkesan untuk melakukannya.




Dua perkara pokok diperlukan:
1. Ibu bapa perlu mengetahui bagaimana keperibadian terbentuk.
2. Ibu bapa perlu mempunyai suatu nilai sebagai asas kepada keperibadian anaknya; nilai ini adalah nilai keperibadian Islam dan anak-anak perlu dibesarkan sebagai Khalifah Allah.
Dengan menggabungkan kedua-dua aspek ini ibu bapa akan dapat membentuk anak-anak yang akan menjadi insan yang cemerlang di dunia dan insan yang cemerlang di akhirat.
Apakah faktor yang mempengaruhi pembentukan keperibadian?
Faktor utama yang menentukan keperibadian seseorang ialah faktor persekitaran.

Tiga faktor persekitaran yang mempengaruhi keperibadian individu:
1. persekitaran fizikal
2. persekitaran sosial
3. kata hati (inner speech)

Satu faktor dalaman yang bertindak sebagai penapis ialah PERSEPSI.
1. Persekitaran fizikal (Prasarana dan kemudahan awam)
2. Persekitaran sosial (Komunikasi interpersonal)

a. perhubungan sesama manusia
  • ibubapa
  • keluarga
  • rakan
  • guru
  • orang sekeliling
b. perisian perkara-perkara yang dicipta oleh manusia
  • TV
  • Video
  • Komputer
  • Muzik
3. Kata hati
  • Adalah perkara-perkara yang kita kata kepada diri kita sendiri.
  • Kata hati berperanan untuk menentukan tindak-tanduk individu.
  • Ia terbentuk melalui pengalaman dari pembelajaran masa lampau dan menentukan persepsi mengenai sesuatu perkara.
  • Ia memain peranan yang besar di dalam membezakan antara baik dan buruk.
PERSEPSI atau TANGGAPAN

• Persepsi mentafsirkan sebarang maklumat yang diterima dan bertindak sebagai penapis.
• Persepsi setiap individu berbeza kerana ia dipengaruhi oleh faktor persekitaran (fizikal, sosial dan kata hati) dan Pembelajaran Masa Lampau (PML) individu berkenaan.

Contoh perbezaan persepsi tentang rokok:

• Pada orang yang merokok, rokok dianggap nikmat, bergaya dan berstatus
• Pada yang tak merokok, rokok dianggap busuk, berpenyakit dan membazir
• Di dalam membesarkan anak-anak ibu bapa perlu wujudkan PERSEPSI Islam.

Ibu bapa perlu pastikan supaya pembelajaran masa lampau (PML) anak-anak adalah positif:

  1. Perwatakan seseorang bergantung kepada jenis pendedahan yang mereka terima sama ada berunsur positif atau negatif.
  2. Setiap pendedahan ini akan tertanam di dalam pemikiran mereka sebagai pembelajaran masa lampau.
  3. PML menentukan perwatakan kanak-kanak dan PML dipengaruhi oleh 3 faktor di mana faktor manusia dan kata hati adalah sangat penting.
  4. PML akan menentukan keperibadian, pemikiran, tindak-tanduk, dan segalanya tentang siapa kita.
  5. Yang kita hendak sasarkan adalah PML yang positif supaya anak kita menjadi insan yang cemerlang.

Matlamat kita sebagai ibu bapa adalah untuk membentuk keperibadian positif dalam anak-anak.
Contoh keperibadian positif:

• Kasih pada Allah
• Kasih sesama manusia
• Hormat-menghormati
• Bertimbang rasa
• Bersopan
• Tidak bergaduh sesama saudara
• Rajin belajar
• Istiqamah di dalam sesuatu pekerjaan

Apakah jenis input yang perlu kita berikan untuk membentuk PML yang positif?

  1. Dengan memberi GANJARAN kepada setiap perkara positif (baik) yang dilakukan oleh anak kita.
  2. Dengan memberi GANJARAN setiap kali anak kita TIDAK melakukan perkara negatif (tidak baik).
  3. Amalan sebegini dipanggil PENGARUH POSITIF TERARAH (directed positive influence)
  4. Pengaruh positif terarah bermaksud memberi ganjaran kepada anak kita setiap kali mereka melakukan perkara yang baik atau meninggalkan perkara yang dilarang serta menegur kesilapan mereka dengan cara yang baik apabila mereka melakukan sesuatu kesalahan.
  5. Dengan cara ini, mereka akan terdorong untuk terus melakukan kebaikan dan meninggalkan perkara yang tidak baik.

Bagaimanakah GANJARAN diberikan?

• Beri perhatian
• Beri penghormatan, pengiktirafan
• Beri kata-kata pujian
• Beri kata-kata perangsang
• Ucap terima kasih
• Sebut-sebutkan perkara baik yang dilakukan oleh anak kita
• Tunjuk kasih sayang dengan perkataan dan perbuatan
• Beri hadiah (tetapi tidak perlu kerap)
• Bawa anak berjalan
• Anak-anak boleh diajar memberi ganjaran pada diri sendiri dengan menggunakan kata hati.


PERANAN KATA HATI KISAH YUSUF DI KUALA LUMPUR .....

Yusuf berasal dari kampung dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan didikan agama yang mantap. Semasa menunggu keputusan SPM, dia menziarahi ibu saudaranya di Kuala Lumpur dan telah dibawa oleh sepupunya ke suatu majlis sambutan harijadi. Majlis ini melibatkan remaja sahaja dengan muzik dan tari menari. Tiba-tiba datang sekumpulan anak muda membawa satu karton arak dan mula mengedarnya kepada mereka yang hadir. Yusuf juga diberi satu tin arak. Dia terus menolaknya. Rakan yang baru dikenalinya mempelawa lagi.
"Ala relaks la, nak suruh rasa aje. Bukan mabuk pun. Kita orang semua dah rasa, tak ada apa-apa pun."
Yusuf berkata pada dirinya, "Arak memang haram dan aku mesti kuatkan pendirian aku. Biarlah mereka kata aku kolot tapi aku tidak akan benarkan keseronokan sementara ini menggoyang imanku. Mereka tak mahu berkawan dengan aku pun tak mengapa. Mungkin elok juga aku tinggalkan majlis ini. Dari tadi aku tak senang duduk dengan tari menari dan pergaulan bebas macam ini."
Yusuf mengajak sepupunya pulang yang kebetulan juga tidak menyangka majlis tersebut disambut sedemikian rupa. Dalam perjalanan pulang Yusuf berkata kepada dirinya, "Aku bangga dengan diriku yang tidak mudah terpengaruh. Semoga Allah sentiasa membimbing aku di jalan yang lurus."
Perhatikan dari contoh di atas Yusuf telah menggunakan kata hati secara positif dalam dua keadaan:
  1. Meyakinkan dirinya supaya tidak terpengaruh dengan desakan rakan untuk melakukan perkara mungkar.
  2. Memberi ganjaran kepada dirinya sendiri setelah berjaya menahan dirinya daripada melakukan kejahatan.
  • Kata hati boleh mempengaruhi tindak tanduk seseorang secara positif atau negatif. Ia bergantung kepada PML dan persepsi individu.
  • Didikan anak-anak dari kecil untuk menjadi Khalifah Allah akan memupuk pembentukan kata hati yang bersifat positif.
Sebagaimana Allah jadikan (Sunnatullah) kejadian dan perjalanan alam dan semua makhluk mengikut Hukum-Hukum Fizik, Kimia dan Biologi, Allah jadikan (Sunnatullah) cara ilmu diperolehi mengikut Hukum Pembelajaran.

• Hukum Pembelajaran menerangkan bagaimana kita mempelajari sesuatu:

  1. Semua perbuatan sama ada baik atau buruk diperkukuhkan melalui pemberian ganjaran atau denda.
  2. Pemberian ganjaran selepas sesuatu perbuatan akan meningkatkan kebarangkalian perbuatan itu diulangi dari segi kekerapan dan kesungguhan. (Prinsip ini diutamakan dalam membentuk keperibadian positif)
  3. Mengenakan denda selepas sesuatu perbuatan akan mengurangkan kebarangkalian perbuatan itu diulangi. (Prinsip ini tidak berkesan untuk membentuk keperibadian positif jangka panjang)
  4. PENGUKUHAN (reinforcement) secara berterusan akan membentuk keperibadian individu.
  5. Proses membentuk peribadi adalah melalui langkah-langkah kecil yang menuju kepada matlamat akhir (tabiat baik). Ini dipanggil PROSES PEMBENTUKAN (shaping process).
  6. Pencapaian pada setiap langkah kecil diperkukuhkan secara positif dalam bentuk ganjaran.
  7. Proses pembentukan boleh dijadikan berkesan dengan membantu anak-anak memberi ganjaran sendiri (self-rewarding) melalui kata hati.

Matlamat: Anak memastikan bilik tidurnya sentiasa kemas dan teratur. Matlamat ini boleh dicapai melalui langkah-langkah kecil berikut untuk anak kita lakukan:

• Langkah 1: Tuala disidai dan baju untuk dibasuh dimasukkan ke dalam bakul, jangan dibiarkan pakaian bertaburan di atas lantai.
• Langkah 2: Katil dikemaskan setiap pagi dan lantai disapu
• Langkah 3: Habuk dilap dan buku-buku di atas meja disusun kemas
• Langkah 4: Bilik dihiaskan
• Langkah 5: Keseluruhan bilik sentiasa kemas dan teratur

Apabila sasaran dicapai pada setiap langkah, anak-anak diberi ganjaran dalam bentuk kata-kata perangsang, pengiktirafan dan sekali sekala dihadiahkan ais krim atau sebagainya.

bersambung.....

REUNION











Setelah puluhan tahun tidak bertemu. Bertemu kembali rakan-rakan semaktab, Adiputra , Azman, Khidir, Khirussaleh, Muhammad, Megat Shukri, Isa, Nordin, Mat William di Port Dickson. Masing-masing membawa ahli keluarga. Dari bujang sudah beranak-pinak. Rambut hitam sudah beruban. Terlalu banyak kenangan dan terlalu banyak cerita yang nak dikongsikan. kenangan manis sehingga ke akhir hayat. Terima kasih kepada Adiputra yang mengelolakan pertemuan bersejarah itu. Mudah-mudahan dapat bertemu lagi di masa akan datang.



man,adi,jef.. dah boroi semuanya..

Sunday, April 13, 2008

Jalan-jalan makan angin..




Bersama-sama famili ke Cameron Highlands... sejukkk.. musim hujan

Wednesday, May 16, 2007

Selamat Hari Guru



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Hari ini 16 Mei merupakan satu hari yang begitu bermakna bagi seorang insan bernama guru. Pada hari inilah guru diraikan oleh pelajar-pelajar dan juga oleh golongan guru sendiri. Kalau dulu, 50 tahun dulu kerjaya guru dianggap begitu hebat sekali. Guru benar-benar disanjungi. Tapi kini keadaan begitu berbeza sekali. Sukar untuk kita menyatakan bahawa kini kerjaya guru benar-benar disanjungi.

Tidak dinafikan peredaran zaman membuatkan segala-galanya berubah. Kalau dulu terlalu sukar untuk melihat seorang pelajar berani menengking gurunya bahkan boleh dikatakan tidak ada sama sekali tapi kini senario seumpama itu telah berlaku di sekolah-sekolah. Pelajar melihat guru sebagai seorang yang seolah-olah tidak bermakna dan hanya setakat menyampaikan pengajaran sahaja. Merungut, memaki, bersuara tinggi dan bermasam muka terhadap guru seperti sudah menjadi perkara biasa sekarang ini. Kesian guru. Mengapa ini terjadi ya?

Adakah guru sekarang tidak hebat? Ataupun kerana kerjaya guru tidak glamour? Tidak dinafikan gaji seorang guru bukanlah setinggi mana jika dibandingkan kerjaya-kerjaya profesional lain yang mencecah belasan ribu sebulan. Entahlah.. kadang-kadang masyarakat pun memandang rendah terhadap kerjaya guru. Tapi dia tak sedar, kejayaannya pun disebabkan oleh tunjuk ajar seorang guru juga. Itulah manusia, ada sesetengah tu, bila di atas lupa menunduk ke bawah. Biarlah , asalkan guru dapat menjalankan tugas dengan dedikasi, amanah, bersungguh-sungguh cukuplah. Biarlah apa orang nak kata. Pelajar-pelajar yang bodoh sombong tu biarlah, lambat laun nanti akan sedar juga bahawa ilmu amat penting untuk digunakan dalam kehidupan di dunia dan juga di akhirat.

Apapun, untuk semua rakan-rakan guru, Selamat Hari Guru!

Sunday, April 22, 2007

Alahai generasiku..













Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Kali ini saya ingin berkongsi sedikit dengan anda tentang masalah disiplin yang melanda sebilangan besar pelajar-pelajar kita di sekolah khususnya. Sebenarnya masalah disiplin bukan sahaja wujud di sekolah bahkan di mana-mana sahaja. Masalah disiplin juga wujud di tempat-tempat kerja, di sesebuah organisasi sama ada kecil mahupun besar, malah di dalam rumah tangga sendiri pun wujud masalah disiplin.

Cuma apa yang nak saya fokuskan ialah masalah disiplin di sekolah kerana saya lebih dekat dengan perkara itu. Saban hari dari bermula loceng berbunyi tanda masuk ke kelas sehinggalah loceng pulang tengahari ataupun bagi sekolah yang mempunyai dua sesi loceng di sebelah petang sekitar jam 6.45 petang akan berlaku seribu satu macam peristiwa yang melibatkan guru dengan pelajar. Secara umumnya di kebanyakan sekolah akan menghadapi senario yang sama setiap hari. Jangka masa lebih kurang 6 atau 7 jam di sekolah akan memperlihatkan pelbagai peristiwa berlaku. Tidak dinafikan tujuan pelajar datang ke sekolah adalah untuk belajar namun jika ditanya dan lebih mengkhusus mereka tidak jelas apa maksud sebenar 'belajar'. Bukan menuding jari menyalahkan sesiapa dalam hal ini. Proses pembelajaran ini terlalu luas.

Ramai pelajar yang telah berjaya dan tidak kurang juga yang gagal. Belajar seolah-olah seperti satu perjudian dan juga satu pelaburan jangka panjang. Jika tidak berhati-hati, leka, cuai dan lalai maka apa yang ditanam hari ini tidak akan 'menjadi'. Salah satu faktor yang boleh menyebabkan kegagalan adalah masalah disiplin di kalangan pelajar yang sentiasa menjadi perbualan hangat dan menjadi topik utama di akhbar-akhbar arus perdana.

Bila bercakap tentang masalah disiplin pelajar ini sebenarnya akan membabitkan banyak pihak. Masing-masing akan menuding jari kepada orang lain dan cuba mempertahankan diri masing-masing bahawa mereka tidak bersalah! Saya melihat masalah disiplin yang melanda pelajar setiap hari dengan tanda tanya. Tidak dinafikan bukan semua pelajar terlibat dengan masalah disiplin. Ramai pelajar yang berakhlak, bersopan-santun, menghormati guru dan sebagainya namun segelintir pelajar yang bersikap negatif ini seolah-olah menutup segala kebaikan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar lain. Umpama peribahasa Melayu 'kerana nila setitik rosak susu sebelanga'. Susu yang putih bersih ternyata rosak dek nila yang tumpah setitik sahaja dan susu tidak boleh digunakan lagi.

Mengapa ye pelajar-pelajar sekarang begitu berani memaki guru, mengeluarkan perkataan-perkataan lucah dan mencarut, keluar kelas ikut suka walau guru sedang mengajar di depan kelas, tidur dalam kelas, tidak patuh arahan guru, tidak buat kerja sekolah, mengugut guru, menengking guru dan sebagainya. Itu di antara masalah disiplin di antara pelajar dengan guru belum lagi masalah di antara pelajar dengan pelajar, pelajar sekolah A dengan pelajar sekolah B, pelajar sekolah dengan remaja yang telah tidak bersekolah lagi, dan seribu satu macam bentuk masalah yang melanda generasi pelajar kita.

Belum lagi kita teroka masalah pelajar yang terlibat dengan rokok, dadah, arak, seks, mencuri, pecah rumah, lumba motor haram, berjudi, bergaduh dan macam-macam lagi lah! Aduh! mengapa sampai begitu sekali generasi pelajar masa kini? Apa yang tak kena agaknya? Salah keluarga ke? Atau salah pihak sekolah ke? Atau salah pelajar itu sendiri? Kalau dulu orang kata hantar anak ke sekolah agama akan membentuk peribadi baik dan mulia tetapi ramai juga pelajar-pelajar yang dari aliran agama terlibat dengan kegiatan yang tidak bermoral. Kalau sekolah harian jangan cakaplah! Sekolah berasrama? Tidak kurang juga pelajar-pelajar sekolah berasrama yang terlibat dengan masalah disiplin. Maka jadi satu tandatanya di mana silapnya sehingga pening kepala dibuatnya untuk menyelesaikan masalah disiplin pelajar kini.

Jika di sekolah personalia yang paling pening ialah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dikenali sebagai PK HEM, Guru disiplin dan juga Guru Kaunseling. Ada di antara ketiga-tiga personalia ini yang mengalami tekanan darah tinggi akibat dari menghadapi masalah-masalah disiplin pelajar.

Pada saya masalah disiplin pelajar ini adalah berpunca dari banyak sebab walaupun tidak dinafikan ia juga berpunca dari sikap pelajar itu sendiri. Jika kita lihat masalah jenayah yang berlaku tentu ada sebab mengapa ia berlaku. Pada saya, masalah disiplin yang berlaku di kalangan pelajar masa kini mempunyai kaitan yang cukup rapat dengan corak dan gaya hidup masa kini. Gaya hidup sekarang begitu kuat pengaruhnya dan jika seseorang pelajar tidak mempunyai kekuatan dalaman maka akan rosaklah peribadi pelajar. Saya pernah menjalankan sesi kaunseling dengan seorang pelajar perempuan yang baru berusia 14 tahun. Pelajar ini memang cukup bermasalah di sekolah. Guru disiplin juga seperti sudah putus asa dan tugas saya pula untuk membantu pelajar ini. Dari apa yang diceritakan oleh pelajar ini, dia berasa tertekan berada di rumah dengan keadaan keluarga yang porak peranda, abang yang selalu memukul, emak ayah yang sibuk mencari duit. Maka pelajar ini cari jalan mudah untuk meredakan tekanan dengan bercampur gaul dengan remaja yang tidak bermoral. Kalau kita lihat dan perhalusi senario ini, ia berlaku di mana-mana. Bukan jadi perkara pelik lagi. Namun apa yang saya ingin tekankan ialah, faktor-faktor penyebab. Anak bermasalah sebab keluarga, keluarga bermasalah sebab tekanan hidup. Tekanan hidup kerana keadaan sekarang yang sememangnya begitu memberikan tekanan sama ada dari segi ekonomi, dan sebagainya. Kita terpaksa mengorbankan banyak perkara semata-mata untuk memenuhi kehendak kehidupan masa kini.

Mungkin ada yang akan mempersoalkan mengapa ada anak-anak orang berada juga terlibat dengan masalah disiplin sedangkan mereka tidak mempunyai masalah kewangan pun jika dibandingkan dengan pelajar-pelajar yang datang dari keluarga yang kesempitan hidup. Sebenarnya memang tidak dinafikan sama ada keluarga kaya ataupun miskin, kedua-duanya turut menyumbang dengan faktor tersendiri. Saya rasa faktor ekonomi sesebuah keluarga itu menjadi faktor utama dalam penyebab masalah disiplin ini di samping beberapa faktor yang lain. Sesebuah keluarga yang mempunyai ekonomi yang kukuh mampu untuk memenuhi keperluan ahli keluarganya begitu juga sebaliknya. Masa yang berkualiti di kalangan keluarga dapat dipenuhi manakala bagi sebuah keluarga lagi masa berkualiti perlu dikorbankan untuk menampung keperluan ekonomi keluarga seperti melakukan kerja sampingan di waktu malam dan sebagainya. Kita tidak boleh menyalahkan keluarga yang ingin menambah pendapatan keluarga kerana sememangnya kehidupan sekarang semakin mendesak dengan kenaikan harga barang keperluan yang semacam tidak terkawal.

Seperti saya katakan tadi, sukar untuk menentukan silap siapa masalah disiplin di kalangan pelajar semakin menjadi-jadi kerana ia akan berkait-kait sehingga kepada peringkat yang paling tinggi sekali. Pada saya pihak yang amat memainkan peranan penting bagi mengurangkan masalah disiplin pelajar ialah ibu bapa sendiri. Walaupun miskin atau kaya, jika anak-anak diberi pengisian rohani dan kasih sayang yang mencukupi serta tahu batas-batas yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam kehidupan, ada ketegasan dan ada kelembutan, tahu tujuan mengapa hidup di dunia ini insyaAllah pelbagai masalah akan dapat diselesaikan. Cuba kembali ke landasan yang betul yang selama ini kita mungkin tersasar.


Sekian. Jumpa lagi.

Sunday, April 15, 2007

aku keliru..mereka juga keliru

aku keliru,
anak-anakku keliru,
anak-anak muridku keliru,
keliru dengan hukum,
keliru dengan undang-undang,
keliru dengan kata-kata...
kata-kata yang kata boleh,
kata-kata yang kata tak boleh,
kata-kata yang sungguh yakin,
kata-kata yang terus melekat di jiwa,
jiwa menjadi resah,
jiwa menjadi gundah,
jiwa menjadi amarah,
jiwa menjadi tak tentu arah,
arah yang kian tak menentu,
arah yang bercelaru,
arah yang haru biru
arah yang tiada hala tuju,
hala tuju ke mana kita,
hala tuju ke syurga,
hala tuju ke neraka,
hala tuju ke mana-mana,

Jangan kecewa















Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Kekeliruan dan keresahan masyarakat Malaysia khususnya masyarakat Islam yang menceburi pelaburan internet telah terjawab dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan baru-baru ini. Hukum tentang pelaburan tersebut telah jelas dan sesiapa sahaja yang telah terlibat berhak untuk membuat keputusan masing-masing. Tugas Majlis Fatwa Kebangsaan telah selesai dalam menentukan kesamaran dan kekeliruan yang timbul cuma adalah lebih baik selepas ini Majlis Fatwa Kebangsaan menyenaraikan jenis-jenis pelaburan yang dibenarkan oleh syarak dan yang tidak dibenarkan oleh syarak. Ini penting kerana kebanyakan umat Islam yang menceburkan diri dalam pelaburan seperti ini jarang yang membuat penyelidikan sama ada melalui pembacaan, kajian dan sebagainya. Kebanyakan mereka hanya mendapat maklumat dari pihak yang sememangnya mencari keuntungan. Kita juga sedia maklum masyarakat kita khususnya masyarakat Melayu kurang membaca dan tidak begitu berminat menjalankan penyelidikan secara mendalam dan ilmiah maka amat senang untuk dipengaruhi oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Namun begitu, masyarakat Melayu amat sensitif dengan perkara halal dan haram kerana kita mempunyai pegangan yang kuat dalam agama walaupun kadang kala cara hidup bukanlah seratus peratus mengamalkan ajaran Islam. Itu satu kelebihan kepada kita yang masih mahu menjaga kebersihan sumber pendapatan yang akan digunakan untuk menyara kehidupan termasuk makan dan pakai keluarga. Walaupun begitu ada juga di kalangan masyarakat Melayu Islam yang tidak memperdulikan sumber pendapatannya seperti yang kita boleh lihat dengan jelas kebanjiran manusia jenis ini di kedai-kedai Toto, Magnum 4D dan macam-macam lagi yang banyak terdapat di sekeliling kita walaupun ada tertulis di premis tersebut bahawa perbuatan tersebut adalah haram untuk umat Islam. Jadi saya kira jika golongan ini yang melibatkan diri dengan pelaburan internet tadi kemungkinan pelaburan akan terus beroperasi seperti biasa. Tepuk dada tanyalah iman!

Cuma saya kira di sini yang mungkin boleh dibincangkan ialah kesan yang mungkin boleh berlaku terhadap individu-individu tertentu yang telah berhenti kerja, atau kesan emosi yang boleh memberikan stress kepada mereka. Sebab tidak dinafikan ada individu yang telah berhenti kerja lantaran mendapat pendapatan yang cukup lumayan hasil dari aktiviti pelaburan internet ini. Mengikut pendapat yang dikemukakan oleh ahli agama, segala hasil yang diperolehi dari sumber yang haram perlu disedekahkan kepada sama ada anak yatim ataupun menggunakan duit / hasil tersebut untuk kepentingan umum seperti membuat jalan, tandas dan sebagainya. Individu terlibat hanya perlu mengambil balik modalnya sahaja. Saya kira itu satu cubaan yang cukup besar kerana seolah-olah individu tersebut telah jatuh miskin!

Di sinilah yang saya katakan tadi kesan emosi, stress yang mungkin dialami oleh individu yang terbabit. Cuba bayangkan dari memandu kereta BMW tiba-tiba hilang sekelip mata kerana kereta tersebut perlu dijual dan duitnya disedekahkan mengikut syarak . Ini akan memberi kesan emosi bagi yang tidak boleh menerima kenyataan. Namun kalau individu tersebut faham tentang agama dan mempunyai iman yang kukuh tidak akan timbul banyak masalah cuma dia perlu berusaha cara lain yang halal bagi membina ekonominya semula.

Walau apa pun sebagai umat Islam kita perlu berpegang bahawa rezeki itu ada di mana-mana dan Allah SWT yang memberi rezeki kepada kita. Tidak perlu digusarkan tentang perkara itu! Terlalu banyak rezeki dan nikmat yang telah Allah SWT anugerahkan kepada hamba-hambaNya cuma kekadang kita terlupa dan tidak bersyukur di atas segala nikmat yang telah diberikan. Apa yang penting ialah kita perlulah berusaha dan berusaha tanpa jemu dan pada masa yang sama melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang oleh agama kita yang suci ini. Sudah pasti hidup akan penuh dengan keberkatan dan mudah-mudahan kehidupan yang sejahtera di dunia dan di akhirat kelak.

Sekian , jumpa lagi.

hp: 013-3650606
web: http://www.jefry.ui2u.com

Thursday, April 5, 2007

Berfikir positif!









Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca blog saya...

Kali ini saya ingin membicarakan bagaimana kita melihat sesuatu peluang dan mendapat manfaat darinya. Jika dilihat pada tajuk gambar tersebut yang berbunyi DR AHMAD LAHIRKAN BANGSA MELAYU BERJAYA dan UPTREND NETWORK SESUAI UNTUK SEMUA GOLONGAN. Artikel Uptrend Network boleh dibaca dari majalah tabloid Seleksi dan di situ banyak membicarakan individu-individu yang telah berjaya di dalam Uptrend Network.

Kejayaang individu-individu ini adalah hasil usaha mereka yang cukup gigih dan tidak pernah kenal erti jemu dalam membina ekonomi yang kukuh . Hasilnya dapat dilihat setelah melalui pahit getir dan segala rintangan yang ada. Sekarang mereka boleh tersenyum puas dengan pendapatan yang cukup lumayan setiap bulan. Selain usaha apa lagi yang ada pada mereka?
Tidak lain dan tidak bukan ialah cara mereka berfikir. Berfikir berkait rapat dengan minda. Maknanya minda mereka telah dijana untuk sentiasa berfikiran positif bahawa suatu hari nanti kejayaan pasti milik mereka.

Sememangnya untuk mencapai kejayaan perlu ada minda yang positif. Tanpanya segala apa yang dilakukan akan dilihat sebagai satu bebanan ataupun sebagai sesuatu yang terpaksa dilakukan. Maka dengan memiliki minda yang positif akan dapat menjana tingkahlaku dan tindakan yang positif juga. Sudah banyak contoh-contoh individu yang mempunyai minda positif yang telah membawa mereka ke arah kecemerlangan dan kejayaan.

Kita pula bagaimana? Maka jika anda seorang yang mempunyai minda positif jangan tunggu lagi untuk menghubungi saya segera di:

hp: 013-3650606
web: http://www.jefry.ui2u.com
web: http://www.uptrend2u.com


Monday, April 2, 2007

JOM NIAGA!









Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Semua dosa orang yang mati syahid itu diampunkan kecuali hutangnya. Begitu juga dengan orang-orang yang tidak mati syahid, jika sipolan mempunyai hutang, hutang itu akan menjadi penghalangnya untuk ke syurga. Jadi bagaimana untuk MEMERDEKAKAN diri, keluarga, bangsa dan agama kita dari dibelenggu HUTANG?

Caranya.... BERNIAGA!

"Hendaklah kamu berniaga kerana di dalamnya terdapat 9/10 dari sumber rezeki..." maksud hadis Rasulullah SAW.

Salah satu projek hebat dan dicipta khas untuk menjana pendapatan secara sah dan halal di sisi undang-undang negara dan agama adalah perniagaan e-dagang dan jaringan internet. Satu-satunya projek di Malaysia yang beribu pejabat di Menara Choy Fook On Petaling Jaya yang kerap menjadi sebutan, ikutan dan buruan setiap rakyat yang inginkan pendapatan sampingan secara sambilan dan lumayan serta menjadi platform awal untuk menerjah ke arah dunia keusahawanan yang lebih mencabar ialah Uptrend Networks. Jadi jangan tunggu dan lepaskan peluang keemasan ini!

Untuk keterangan lanjut hubungi segera:

hp: 0133650606
web: http://www.jefry.ui2u.com
web: http://www.uptrend2u.com




Masalah disiplin pelajar kita







Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang membaca blog saya ini...

Jika anda seorang guru dan bertugas di sekolah sudah pasti anda tidak akan lari dari menghadapi masalah yang melibatkan disiplin pelajar. Lebih-lebih lagi jika guru itu merupakan guru disiplin maka segala masalah disiplin pelajar akan dilonggokkan kepada guru tersebut dan kebanyakan guru lain mengambil sikap lepas tangan. Dua unit yang akan terkial-kial menghadapi kerenah pelajar adalah unit kaunseling dan juga unit disiplin. Setelah seseorang pelajar yang melanggar displin dikenakan hukuman ataupun denda ia akan dirujuk pula kepada unit kaunseling bagi menjalani sesi kaunseling individu ataupun sesi kaunseling kelompok. Semuanya bertujuan untuk 'membetulkan' sikap buruk pelajar tadi dengan harapan selepas itu tidak ada lagi masalah disiplin yang ditimbulkan.

Namun biasanya masalah disiplin yang dilakukan oleh pelajar itu adalah berulang-ulang.Walaupun telah dikenakan denda, hukuman, diberi nasihat, menghadiri sesi kaunseling dan sebagainya tapi pelajar-pelajar yang terlibat ini akan terus mengulangi kesalahan-kesalahan sehingga guru disiplin naik berang, guru kaunseling pening kepala dan pentadbir sekolah hilang punca bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut yang berlaku setiap masa dari dahulu hingga sekarang dan sudah pasti di masa depan juga perkara ini akan berlaku sehingga manusia telah benar-benar jadi baik seperti malaikat!

Jadi, di mana silapnya ye sistem pendidikan kita ni? Adakah benar sistem pendidikan yang silap ataupun didikan guru yang tak betul ataupun didikan ibubapa yang salah? Kalau kita mencari salah maka akan jadilah seperti lagu ' Bangau Oh Bangau"! Masing-masing sibuk menuding jari menyalahkan orang lain. Aku betul, engkau salah! Aku sudah buat yang terbaik tapi engkau tengok saja. Bukan salah aku. Aku sudah buat kerja aku!

Ayat-ayat macam tu kerap kedengaran apabila kita menghadapi sesuatu masalah. Tidak kiralah masalah apapun baik di mana sahaja. Kalau kita nak senaraikan satu persatu masalah sosial di Malaysia ni, seratus muka surat pun belum tentu cukup!

Sebenarnya semua orang perlu berperanan dan berfungsi. Kefungsian seseorang itu bergantung juga kepada kewibawaan ketua. Jika di rumah ayah atau suami akan bertindak sebagai ketua yang perlu menentukan kelancaran dan keharmonian sesebuah rumah tangga itu. Jika disesebuah jabatan maka ketua jabatan perlu berperanan dan berfungsi dengan cara yang berhemah bagi mempastikan anak-anak buah melaksanakan tanggungjawab dengan jujur dan amanah. Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin di peringkat tertinggi juga perlu bertindak sebagai seorang ketua yang berwibawa dengan berperibadi mulia, jujur, amanah dan sedar tentang tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Sudah pasti segala masalah yang timbul akan dapat diatasi dengan baik dan dapat memberi manfaat kepada semua orang.

Yang menjadi masalah sekarang ialah kegagalan segelintir ketua-ketua ini berfungsi dengan baik. Kadang-kadang nampak baik tapi buruk di sebaliknya. Ini yang perlu diambil iktibar oleh semua. Selagi diri kita sendiri gagal diperbaiki maka selagi itulah segala masalah yang melanda negara kita, baik di sekolah ke, di jabatan ke, walau di mana sahaja tetap akan terus berlaku dan sukar dibanteras!

Sama-sama fikir beb!